Kembali ke Laman Utama

Hubungi Kami

EZWRITER CONSULTANT

FOR STUDENTS


(Malay Version)

SERVIS TERJEMAHAN KHAS UNTUK PELAJAR MALAYSIA


Kata-Kata Aluan Daripada Ketua Penterjemah (translator@myezwriter.com)

Selamat Datang, Pelajar Yang dihormati!

Di atas permintaan ramai dari kalangan para pelajar terutamanya dari kolej dan universiti, saya membuat keputusan untuk memberi Servis Terjemahan Khas Untuk Pelajar Malaysia. Hari demi hari saya menerima emel dari kalangan pelajar yang meminta servis terjemahan sebagai bantuan tugasan mereka. Saya mengakui bahawa anda sebagai pelajar mempunyai tugasan yang banyak apatah lagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan.   Saya sangat memahami kedudukan anda sebagai pelajar, kerana saya juga berpengalaman sebagai pelajar universiti selama 6 tahun di negara Timur Tengah. Anda sentiasa  bertungkus lumus belajar demi kejayaan pelajaran dan kehidupan masa hadapan. Justeru itu, bantuan yang dapat meringankan bebanan para pelajar seperti anda adalah amat digalakkan.   

 

Fokus Servis Terjemahan Khas Untuk Pelajar ini ialah memberi bantuan sokongan kepada pelajar yang berlandaskan konsep ‘Menang Sama Menang’. Para pelajar juga harus memahami tugas penterjemah. Sebagaimana anda sebagai pelajar yang  mempunyai tanggungjawab dan kepentingan tersendiri, begitu juga dengan tugas penterjemah. Tugas penterjemah untuk menterjemahkan sesuatu material bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan kepakaran bahasa yang tinggi, pemahaman yang mendalam, dilengkapi ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang, displin, kajian, usaha, ketekunan, ketepatan dan semangat yang jitu. Kesemuanya itu diperolehi dengan usaha dan jerih payah yang memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya. Di samping itu, penterjemah juga terpaksa menanggung kos kewangan dan masa yang banyak untuk menterjemah.

 

Dengan memahami maksud ‘Menang Sama Menang’ ini, para pelajar diberi bantuan servis terjemahan yang disediakan, dan para pelajar juga harus membantu penterjemah dalam masa yang sama. Para pelajar perlu membayar caj yang bersesuaian untuk servis yang disediakan. Caj yang dikenakan itu adalah untuk kesinambungan servis ini agar tetap berterusan serta dimanfaatkan oleh pelajar yang lain pula. Caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan pelajar. Ianya lebih murah dari harga biasa dengan potongan lebih dari 70%. Konsep ‘Menang Sama Menang’ ini juga membawa maksud tolong menolong satu sama lain dan tidak merugikan satu sama lain. Saya tidak mahu di mana para pelajar hanya sedia dibantu tetapi keberatan untuk membantu. Oleh sebab itu, saya terapkan fokus Servis Terjemahan Khas Untuk Pelajar ini berlandaskan konsep ‘Menang Sama Menang’.

 

Buat masa ini, Servis Terjemahan Untuk Pelajar hanya dalam tiga buah bahasa iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Saya juga suka menasihatkan anda dan para pelajar agar tidak menyalahgunakan servis yang disediakan ini. Kepada anda dan para pelajar semua, saya ucapkan ‘SELAMAT MAJU JAYA’!


Ainol Kusyairi Radzi
Ketua Penterjemah
Ezwriter Consultant

 

 Servis Terjemahan Untuk Pelajar dibuka hanya kepada pelajar Malaysia sahaja.

Syarat-syarat umum::

1)      Warganegara Malaysia

2)      Masih menuntut sebagai pelajar samada di Malaysia atau luar negara.

3)      Pelajar di bawah umur hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga terlebih dahulu.

4)      Material yang diberi hendaklah berkaitan dengan pelajaran atau tugasan pelajaran sahaja.

5)      Tidak menyalahgunakan servis ini. Pelajar yang menyalahgunakan servis ini adalah di bawah tanggungjawabnya sendiri. Pihak penterjemah dan syarikat tidak akan bertanggungjawab dari penyalahgunaan servis oleh pelajar.

6)      Penterjemah berhak menolak atau menerima permintaan servis dari pelajar tanpa notis.

7)      Pembayaran penuh perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengelak dari tindakan tidak bertanggungjawab.  Pelajar dikehendaki membayar caj yang dikenakan (Caj Khas Yang Minimal Untuk Pelajar) terlebih dahulu sebelum penterjemah meneruskan terjemahannya.

8)      Semakan semula boleh dilakukan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penghantaran kepada pelajar.

9)       Servis Terjemahan Untuk Pelajar ini tidak menyediakan Servis Terjemahan Pantas.Servis  Terjemahan Pantas hanya disediakan khas untuk Servis Terjemahan Profesional Dan Bisnes.

10)   Pelajar dikehendaki memberi maklumat dan alamat yang lengkap. Borang permintaan servis disediakan kepada pelajar melalui penterjemah.

11)   Sertakan material yang perlu diterjemahkan kepada penterjemah semasa membuat permohonan servis.


  • Pihak Ezwriter Consultant berhak meminda syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis. Ini adalah servis terjemahan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi kerajaan dan swasta kecuali Ezwriter Consultant sebagai penyedia servis ini. 
 

                  Caj-Caj Khas Servis Terjemahan Untuk Pelajar

                           ( Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris).

 

  • Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris

RM 10 / semukasurat (A4 format)


  • Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

RM 10 / semukasurat (A4 format)


  • Bahasa Melayu ke Bahasa Arab

RM 15 /semukasurat (A4 format)


  • Bahasa Arab ke Bahasa Melayu

RM 15 / semukasurat (A4 format)


  • Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab

RM 18 / semukasurat (A4 format)


  • Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris

RM 18 / semukasurat (A4 format)


*SERVIS TERJEMAAN PANTAS tidak disediakan kepada servis pelajar. TERJEMAHAN PANTAS hanya disediakan kepada servis terjemahan profesional dan bisnes, mutu dan kualiti terjemahan juga adalah berbeza.  Ezwriter Consultant berhak meminda mana-mana caj yang tersebut di atas pada bila-bila masa tanpa  notis. 

*Ketua Penterjemah berhak menapis/ mempertimbangkan setiap permintaan servis terjemahan daripada pelajar. Keputusan Ketua Penterjemah adalah muktamad.

 

Apabila anda ingin Servis Terjemahan Khas Untuk Pelajar, sila lampirkan material yang hendak diterjemahkan dan hubungi Ketua Penterjemah. Ketua Penterjermah boleh dihubungi melalui emel: translator@myezwriter.com atau klik Hubungi Kami. Setelah menerima emel anda, Ketua Penterjemah akan memeriksa lampiran anda dan beliau akan memberi maklumbalas. Ketua Penterjemah akan mengesahkan lampiran anda samada diterima untuk diterjemahkan atau sebaliknya. Apabila diterima, Ketua Penterjemah akan menghantar borang permohonan servis kepada anda.

Nota: Servis ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Home ::  :: Contact